antara hijrah dan belajar dan buffering

Kian sekali kita lupa bahawasanya hijrah, belajar, dan buffer, mempunyai kaitan yang sangat rapat. Lupa. Lupa akibat kepantasan dunia kini amat membataskan masa apabila haru biru hari-hari yang ditempuhi mengasyikkan kepale otak dan tidak sedar akan ape yang berlaku. dan kelibat kita sebagai student, ataupun pelajar, yang belajar dengan hijrah yang dilakukan hari demi hari. belajar itu bermaksud, pergi kelas (Ataupun boleh juga dengan memandang langit, dimana petunjuk kewujudan tuhan berada dimana-mana). dan apabila kita memutuskan untuk belajar rajin-rajin, itu bermakna kita sedang mengalami proses penghijrahan. proses hijrah ini bermaksud, daripada tak belajar malas asik dok main game dan prokrastinasi, berubah (ataupun hijrah) ke arah yang lebih baik iaitu mencari ilmu, mengisi dada dengan input input fardu kifayah iaitu pembelajaran duniawi (diingatkan pembelajaran ukhrawi itu juga penting tapi tengok jugak timing). sedar tak sedar, hijrah dengan nawaitu untuk belajar, membufferkan diri kita dan terlupa akan apa yang terjadi di sekeliling. contohnye: kini tiba final exam, dimana para pelajar akan belajar menjadi terpelajar. demi peperiksaan ataupun demi ilmu. itu cerita belakang. tapi kesibukan dan kepantasan masa yang berlalu dgn begitu pantas, membuatkan kita lupa, laa esok hari asyura? ataupun, laa esok raya? ataupun, laa esok 2011? keekstriman fokus, atau buffer dalam belajar ini membuatkan kita, acuh tak acuh dgn perkembangan sekeliling. bukan kuasa kita tapi mungkin multitasking antara belajar dan tak belajar itu satu cabaran. cabaran untuk bertukar kondisi semasa.

yang peliknya, tiba masa dah habis peperiksaan, bermulalah transaksi, ataupun hijrah, daripada tekun belajar terus ke sesuatu yang lain. dan yang lain itu adalah, tidak belajar dan menjadi tidak terpelajar. apabila tidak terpelajar, aktiviti atau aktivitas harian akan dipenuhi dengan menonton movies hasil download pirate (download dilakukan sewaktu prokrastinasi ketika final exam tempoh hari) ataupun bermain permainan video. dengan kata lain, perlakuan lagha kian memuncak. tidak lah perlu disalahkan para pelajar yang sudah lagi tak terpelajar ini, tapi mereka merasakan ini sebagai breakthrough, ataupun perkara yang wajib dilakukan akibat 'seksaan' pembelajaran final exam yang disebutkan sebelum ini. seharusnya waktu-waktu lapang begini harus dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti, anda tahu la apa yang berfaedah dan tidak berfaedah untuk saya menyenaraikan apa contoh-contoh aktiviti berfaedah itu. tetapi membaca buku dan berjalan dan kembara tafsir itu dikatakan berfaedah.

jadi, terpulanglah untuk kita, mendefinisikan tempoh-tempoh suka duka waktu pembelajaran ini, sama ada belajar untuk exam. atau belajar untuk Allah.

barakallah hu feek.

hihihihihihi

1 comment:

donna said...

good post bro. like2!