Between Confrontations and Arguments
Apabila manusia dilanda situasi berkonfrontasi, tipikalnya disebabkan oleh argumentasi antara manusia yang berlainan pendapat, cara berfikir atau interaksi. Kelainan ini dah selalu aku amati. Perbezaan pendapat itu bukanlah salah. Tetapi, cara menghadapi perbezaan ini sering dilihat sebagai satu resolusi yang tidak akan di'consume' ataupun diterima oleh sesetengah individu. Takkan nak biar diri berargumentasi sedangkan ianya tersedia untuk diselesaikan? Pada aku, argumentasi itu memang tuhan jadikan untuk kita selesaikan, bukan biarkan ia berlanjutan seperti racun dalam darah.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise (each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things). (49:13)
Baru-baru ini, aku merelakan diri menghadiri talk daripada salah satu tokoh intelek popular di kebanyakan negara barat dan timur tengah, Tareq Suwaydan, yang telah memberikan satu intipati yang aku rasa cukup masuk dalam situasi day-to-day aku untuk mencari jawapan kehidupan. Beliau menceritakan dialog antara manusia yang perbezaan pendapat, samada antara muslim itu sendiri, mahupun dengan non-muslim. Ini mencetuskan satu idealisasi penting dari perspektif fikiran. Aku melihat perbezaan itu sebagai satu tarikan langsung untuk melanjutkan perbincangan yang lebih menarik. Bukankah bosan kalau segala yang wujud antara kita hanyalah persamaan? Bukankah buntu persoalan kalau semua yang hampir antara kita hanyalah penyerupaan? Kalau bukan sebab hikmah tuhan, kenapa dia jadikan kita semua berlainan warna kulit, bangsa, agama, cara berfikir dan lain-lain? Di antara konfrontasi dan argumentasi, sepatutnya wujud satu ruang perdebatan. Perdebatan yang patut dilegasikan untuk mengwar-warkan jawapan sebenar dalam persoalan yang ramai orang bertanyakan.
Tapi sesetengah individu lari dari konfrontasi. Sama ada tidak senang untuk berbicara secara terbuka, ataupun tidak suka dengan attitude pihak sebelah sana. Lari adalah satu cara yang mudah. permanent solution for a temporary problem. Ibarat suicide. Probability untuk bertemu kembali dengan masalah adalah close to zero. Persoalannya, berbaloikah mematikan intuisi hati daripada mengambil tahu akar umbi argumentasi tersebut?
Perdebatan dapat menyelesaikan konfrontasi dan argumentasi. Mungkin statement tersebut agak overrated bagi sesetengah individu hari ini kerana banyak perdebatan yang berlaku hari ini tidak betul-betul menyelesaikan masalah pun. Perdebatan yang functional hanya boleh terlaksana jika disertakan dengan sistem yang mantap. Ego dan sensitiviti tidak berasas ketika bertukar pendapat perlu diketepikan. Persamaan perlu dicari dan perbezaan perlu diterima. References, ataupun sources of facts perlu di dalam konteks yang sama dan relevan. Konfrontasi perlu untuk menyelesaikan argumentasi melalui medium perdebatan. Akan tetapi, perdebatan itu sendiri akan menjadi sama sekali useless kalau salah satu, atau kedua-dua pihak tidak reti-reti lagi nak buka minda tu. Kalau masih dibawah kongkongan dan di takuk yang sama. Kalau sebelum nak debate, dah tahu dah dia sorang je yang betul. Hmm, mungkin ego dan penutupan minda tu sendiri root problem yang membuatkan orang malas nak berkonfrontasi?
Masih mencari jawapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ok dah tukar template. what happen to the previous template.
setuju dengan pendapat anda wahai acap. dan sangat best boleh pegi talk tareq suwaydan. one of his talk yang ada kat dvd is "the future of our religion" sgt best dan recommended silalah tgk kalau belum.
diorg ada buat rakaman dan letak kat youtube tak yang talk ko pegi tu.
wah..bestnye dpt pg tgk talk tareq suwaydan...
@ibad:template ni simpler.tak kusut.heh. oh and ill take a look at the dvds.and yang aku pegi tu, takde kat youtube rasenye.maybe diorg ade post somewhere kat intenet.ill take a look.tapi talk yang tareq suwaydan tu paling bes la time hari tu.tariq ramadhan ade gak tapi aku tak pegi sbb bangun lambat.haha
@tiki: datang toronto! diorg slalu buat talk around winter.hehe
Post a Comment