pabila merenung masa berjalan.aku kian rasa pelik.apakah misteri hati ini.sering menyelubungi titisan2 mata yang kian menjalar di pipi.sering aku melihat manusia berarak kehadapan, cuba mencari jawapan demi kehidupan yang girang. demi jawapan untuk matlamat.cuba mencuba dan cuba untuk melepasi percubaan.bagiku, percubaan teragung adalah ujian dari tuhanku yang maha satu sendiri.aku merenung bulan mengambang dikala hati sunyi berfikir,apakah aku masih berdaya saing memikul tanggungjawab hati ini.apakah aku masih punya tenaga untuk menolak batu-batu yang terdampar menghalang tasik jiwa diri ku ini.aku lemah.aku sememangnya manusia yang tiada tandingannya lemah.namun,aku keliru,ganjil, dan terfikir.apakah maksud tragedi dunia ini,dikala aku cuba mendekati kau, dikala itulah lebih banyak batu-batu api yang kau curahkan ke atas diri ini. aku sememangnya longlai.aku tahu aku sering leka dikala aku lena bermain air di taman-tamanmu. apakah yang kau ingin tunjukkan kepada ku wahai tuhan. apakah yang kau mahu aku lakukan. kesedaran ini datang daripada hati yang inginkan kasih sayangNya, namun aku bingung. aku takut.apakah aku akan sentiasa bertulusan hati sebegini.apakah aku masih mempunyai etika-etika jiwa yang mampu membawa diri ku sentiasa dekat dengan mu? ingin ku berbisik kepada diriku.jangan kau leka dari keheningan malam yang membasahi pipi-pipi fikiran.kesejukan yang tiada bandingan.aku tahu dunia ini penuh dengan hikmah. aku tahu aku sering menekan diri ini dengan hentakan yang dipamerkan oleh sang rimba dunia. kau lemparku ke laut, kau sumbatku ke tanah,kau panahi jiwaku dengan tohmahan-tohmahanmu. namun, aku akan redha, aku akan bertahan, merangkak melepasi titian durjana dunia. aku tahu, kau sentiasa akan mencatatkan persoalan tanpa jawapan. oh tuhan. aku berasa ganjil.
p/s=mengapakah jiwaku sering didiami bahasa ibunda nie.adey.
11 comments:
teruskanla kembara mu mencari kebenaran tidak kira susah atau pun senang ... semoga Tuhan memberkati shabatku ini dunia dan akhirat, ameen ...
See you this friday's usrah, naqib. Erm, ape topik, mahabbah eh? Hehe. Cerite dekat kami la, anything that you can speak from your heart.
thank you afiq.very2.
uhh.and taufik.we'll see about that.insyallah
kembarku..
ko jgn la rasa down sgt..
kita kan kembar..
camne diri ko, cam2 la aku..
adeh..
anyway,
igt mcm parent kita slalu pesan..
apa2 pon, kembali padaNYA..
DIA xakn mensia-siakan dirimu..
jika DIA xtunaikan, maksudnya ada yg lebih baek..
insyallah..
aku kian berasa ganjil.kata2 kau seolah2 kita memang adik beradik kandung.haha.anyway.betul2.aku percaya itulah satu2nya sumber untuk segala2nya.buatlah list lapan muke surat pun.akan berakhir juga dgn menadah rezekiNya.
ko naqib ke cap?gle gempak kau!!!!ko volunteer eh?
oh tidak.aku di'paksa'.tidak mengapelah.sekadar belajar.aku pun bukan ilmuan sgt.
Acap..
down lagi Ke Cap
sabaq CaP. sesungguhnya ini adalah UJIAn. Menguji ketahanan mu....
Moga sabar melalui liku perjalanan seterusnya...amin
'Mak Usu'
haha.takde lah maksu.bukan downlah.okay je ni.saje muhasabah diri.but thank u maksu.
Acap..
aiman rindu mama lah. x leh tidor. adui....malam ni mama baru call. aiman marah abah (hehehehe) dia kata jangan bawak mama gi ABU DHARBI lagik!!!!!
dota, blog ak akn muncul balik after sometime.hueh~after the finals perhaps.
btw, igt:
Allah tgk usaha, bukan hasil.
ganbatte!
p/s:u're not alone
Post a Comment